Direktori / Pautan / Bantuan / Peta Laman / Lain-lain Bahasa / Daftar
msen

Statistik e-Perkhidmatan

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Anda dialu-alukan menggunakan perkhidmatan ini jika mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sahaja.

Sebarang Aduan/Pertanyaan yang tidak berkaitan dengan Portal Rasmi MPKB-BRI, sila gunakan Sistem eAduan.

 

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Kerajaan
Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) (http://www.malaysia.gov.my/1-malaysia-one-call-centre)
Portal Keselamatan ICT Sektor Awam (http://www.ictsecurity.gov.my/)
Kerajaan Kelantan Darul Naim (http://www.kelantan.gov.my/)
Kem. Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (http://www.kpkt.gov.my/)
Program Pembangunan Sains & Teknologi (http://ppst.kelantan.gov.my/)
Talent Corporation Sdn Bhd (http://talentcorp.com.my/)
Belanjawan 2012 - (http://www.treasury.gov.my)
Portal Rasmi Ketua Setiausaha Negara - (http://www.pmo.gov.my/ksn/)

Portal Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia (http://www.moe.gov.my)
Portal Jabatan Pelajaran Kelantan (http://www.moe.gov.my/jpnkelantan/)
Portal Pendidikan Kelantan (YIK) (http://www.yik.edu.gov.my/)

Berita
Utusan Online (http://www.utusan.com.my/)
Sinar Harian (http://www.sinarharian.com.my/)

Jabatan Kerajaan Negeri

Jabatan Persekutuan

Badan Berkanun Penguasa Tempatan Dan Perbadanan Awam Negeri

Badan Berkanun Persekutuan

Pihak Berkuasa Tempatan (Kelantan)

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam

Alamat :

Jalan Hospital, 15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

Tel Pejabat Am (Operator):

609-745 4000

No. Faks :

609-7486026

Laman Web:

http://www.mpkbbri.gov.my

E-mel :

khairul[at]mpkb.gov.my

 

 

 

 

 

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

 

1) Apakah saluran yang betul bagi membuat aduan?

Telefon (09 745 4000) Datang ke pajabat (Kaunter Khidmat Pelanggan) Surat Faks (09 4786026) E-mail (khairul[at]mpkb.gov.my) Laman Web (http://www.mpkbbri.gov.my)

2) Apakah Cukai Bandar?

Cukai Bandar adalah cukai yang dikenakan ke atas harta yang berada di dalam kawasan pentadbiran MPKB- BRI seperti :

A) Rumah Kediaman

B) Bangunan Perniagaan dan Industri.

3) Berapa Lamakah Tempoh Bayaran Bagi Cukai Bandar?

1. Januari hingga 28(29) Februari

2. Bagi 1/2 tahun Kedua pada 1 Julai hingga 31 Ogos;

4) Apa yang perlu saya lakukan sekiranya jumlah wang tunggakan dalam bil diluar kemampuan saya untuk membayar?

Sekiranya bayaran penuh tidak dapat dijelaskan, maka dalam kes-kes tertentu bayaran ansuran boleh dilakukan.

5) Adakah kesemua PBT di Malaysia terletak di bawah bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)?

Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugas KPKT adalah untuk menyelaras PBT-PBT tersebut dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

6) Bagaimana orang ramai boleh membuat aduan mengenai isu/masalah yang dihadapi di dalam kawasan PBT?

Orang ramai boleh membuat aduan terus kepada PBT yang berkenaan ataupun kepada KPKT.

7) Apakah sampah pukal (tilam, almari buruk dan sebagainya) di pungut seperti mana kekerapan pungutan sampah biasa?

Sampah pukal di pungut sekali seminggu sahaja.

8) Jika pihak yang di pertanggungjawabkan tidak melaksanakan kerja-kerja pembersihan sampah, apakan tindakan yang boleh diambil oleh penguna atau orang ramai?

Pihak Penguna boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berhampiran untuk membolehkan tindakan pembersihan dijalankan secepat mungkin.

 

SOALAN LAZIM DAN JAWAPAN (BAHAGIAN LETAK KERETA)

 

1.         TIKET LETAK KERETA

S          :           Apa itu Tiket Letak Kereta?

J          :           Tiket Letak Kereta, MPKB-BRI adalah salah satu alternatif bayaran caj meter letak kereta yang diperkenalkan untuk memberikan pilihan kepada pengguna parkir bermeter Majlis. Tiket Letak Kereta ini mempunyai 2 jenis iaitu Tiket Letak Kereta Harian dan Tiket Letak Kereta Jam. Tiket Letak Kereta Harian dijual dengan harga RM40.00 (40 jam)per buku yang mengandungi 5 keping di mana sekeping dengan kadar RM8.00 bagitempoh 10 jam. Manakala, Tiket Letak Kereta Jam dijual dengan harga RM6.00 (7.5 jam) per buku yang mengandungi 5 keping setengan jam/RM0.40 dan 5 keping sejam/RM0.80.

 

S          :           Bagaimana cara penggunaannya?

J          :           Pengguna perlu meletak kereta dipetak bermeter yang disediakan, menggores 5 bahagian bagi tahun bulan, hari, jam dan minit, waktu mula penggunaan, kemudian pamerkan di atas dashboard sebelah pemandu tanpa halangan sebarang objek.

 

S          :           Di manakah Tiket Letak Kereta boleh dibeli?

J          :           Tiket Letak Kereta boleh dibeli di Kaunter 5 Kompleks Pejabat MPKB-BRI di Jalan Hospital, Kaunter Pejabat Bahagian Letak Kereta Jalan Padang Perdana, semua i-kiosk Letak Kereta di Jalan Hulu Pasar dan Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu serta di sebelah Bank Rakyat Jalan Hospital Raja Perempuan Zainab 2 Kubang Kerian.Selain itu, tiket boleh dibeli dengan semua penguatkuasa meter yang bertugas dan melalui ejen-ejen tiket berdaftar yang lokasinya boleh disemak melalui portal Majlis.

 

S          :           Bagaimanakah untuk mendaftar sebagai ejen jualan Tiket Letak Kereta ?

J          :           Pihak yang berminat boleh hubungi Pejabat Bahagian Letak Kereta untuk keterangan lanjut. Pendaftaran ejen perlu hadir ke Pejabat Bahagian Letak Kereta.

 

 

S          :           Mengapakan kompaun masih dikeluarkan walaupun Tiket Letak Kereta sudah dipamerkan?

J          :           Kompaunmasih boleh dikeluarkan atas sebab-sebab berikut:-

i)          Tiket dipamerkan tidak digores dengan    sepatutnya (5 bahagian iaitu tahun, bulan, jam dan minit);

ii)         Tiket dipamerkan tidak sah (luput        tempoh/tersilap gores)

iii)        Tiket dipamerkan dihalang oleh objek (cermin  

gelap/ ditutup)

iv)        Tiket dipamerkan tetapi terjatuh dari   

tempatnya (dashboard)

v)        Tiket dipamerkan diciplak/palsu

 

S          :           Mengapa anggota penguatkuasa mengeluarkan kompaun sedangkan pemilik kenderaan sedang membeli Tiket Letak Kereta ?

J          :           Anggota Penguatkuasa bertugas hanya memeriksa kenderaan di tempat letak kereta sahaja samada caj letak kereta dibayar atau tidak, dan jika tidak dibayar maka penguatkuasa perlu mengeluarkan kompaun atas kesalahan tidak membayar caj ditetapkan.

 

S          :           Apakah yang perlu dibuat jika meter Letak Kereta rosak dan  perlu meletak kereta ?

J          :           Pengguna perlu menghubungi Pejabat Bahagian Letak Kereta untuk aduan kerosakan meter sebagaimana di talian tertera di meter. Kemukakan nombor meter terbabit untuk tindakan petugas mekanik. Pengguna perlu mengunakan tiket letak kereta bagi bayaran caj meter.

 

S          :           Bagaimana cara untuk saya meletak kenderaan melebihi setengah jam atau melebihi sejam menggunakan tiket?

J          :           Pengguna perlu menggoreskan 5 bahagian yang sepatutnya iaitu Tahun, Bulan, Hari, Jam dan Minit dengan jelas dan pastikan tiket berikutnya digores setelah masa tamatnya tempoh tiket pertama tadi serta disusun dengan berturutan di atas dashboard kenderaan.

***Sebarang pertanyaan lanjut boleh emailkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

mpkb.png

Membangun Bersama Islam

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 745 4000
F (+609) 748 6026

Web: www.mpkbbri.gov.my
Email: khairul (at) mpkb.gov.my

Kod QR Web Mobil

Kaunter Pelawat

5.png7.png0.png4.png2.png1.png
Today917
Yesterday2733
This week10569
This month45006
Total570421

2024-09-20
© Copyright 2024 MPKB-BRI. All Rights Reserved.
  • Kemaskini Terakhir : Rabu, 11 Mac 2020, 11:40:36.

Search