Direktori / Pautan / Bantuan / Peta Laman / Lain-lain Bahasa / Daftar
msen

Undang-undang Kecil

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Undang-Undang Kecil

 

Apakah Undang-Undang Kecil?
Undang-Undang Kecil atau 'By-Laws' dalam bahasa Inggeris adalah perundangan subsidiari kepada undang-undang ibu. Ia digubal oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Perundangan subsidiari ini dikenali juga dengan nama Perintah, Kaedah, Peraturan dan sebagainya  

Pindaan

Undang-Undang Kecil
Pindaan kepada undang-undang kecil yang telah diwartakan boleh dibuat daripada masa ke semasa berdasarkan keperluan mengikut prosedur penggubalan yang sama  

Kadar Kompaun
Berdasarkan Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan MPKB (Pindaan) 2002, perlanggaran mana-mana undang-undang kecil boleh dikompaun dan tawaran bayaran kompaun adalah sehingga maksima RM 500.00. Manakala kadar maksima kompaun kesalahan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) ialah RM 1,000.00.  

Penalti/Denda

Sekiranya tawaran kompoun tidak dijelaskan, perlanggaran mana-mana undang-undang kecil boleh didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penalti/denda sehingga RM2,000.00 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan yang berterusan selepas sabitan, denda boleh dikenakan maksima RM200.00 sehari.

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Akta

  • Akta Perancangan Bandar Dan Desa, 1976 (Aktan 172)
     

    Memainkan Peranan Sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Bagi Kawasan Pentadbirannya

    Mengatur, Mengawal dan Merancang Pemajuan dan Penggunaan Semula Tanah dan bangunan dalam kawasannya

    Mengusaha, Membantu dan Menggalakkan Pemungutan, Penyelenggaraan Dan Penyiaran Perangkaan, Buletin dan Monograf dan Lain-lain Yang Berhubung Dengan Perancangan Bandar dan Desa, dan Metodologi.

    Melaksanakan Apa-apa Tugas Lain Yang Dipertanggungjawabkan ke atasnya dari semasa ke semasa Oleh Pihak Berkuasa Negeri.

  • Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133) Meluluskan Pelan Bangunan
     

    Meluluskan Pelan Bangunan

    Mengawal Untuk Memastikan Kerja-kerja Tanah Yang Dilaksanakan Mengikut Kehendak-kehendak Yang Ditetapkan

    Memastikan Pembinaan Sesuatu Bangunan Adalah Mengikut Pelan Yang Diluluskan

    Memastikan Penggunaan Sesuatu Bangunan Adalah Seperti Yang Diluluskan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan

    Mengawal Penggunaan Bahan-bahan Mudah Terbakar Dalam Pembinaan Sesuatu Bangunan

    Penyediaan Infrastruktur Untuk Sesuatu Pemajuan

    Kawalan Ke Atas Bangunan Yang Berada Di Dalam Keadaan Bahaya

    Pemeriksaan Berjadual Ke Atas Bangunan-bangunan Yang Sudah Siap

    Mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO)

mpkb.png

Membangun Bersama Islam

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 745 4000
F (+609) 748 6026

Web: www.mpkbbri.gov.my
Email: khairul (at) mpkb.gov.my

Kod QR Web Mobil

Kaunter Pelawat

8.png3.png1.png6.png4.png3.png
Today20
Yesterday12396
This week38265
This month84040
Total831643

2024-11-28
© Copyright 2024 MPKB-BRI. All Rights Reserved.
  • Kemaskini Terakhir : Rabu, 11 Mac 2020, 11:40:36.

Search